04 Julai 2009

Pelajar IPT Membuat Latihan Amali di ITNM Sesi 2009

Selama hampir tiga bulan mereka telah membuat Latihan Amali di ITNM. Mereka merupakan pelajar daripada beberapa IPT di dalam Malaysia, iaitu: UIAM, USM, UKM dan UM. Semasa membuat latihan amali mereka didedahkan dengan proses terjemahan sijil dan dokumen bahasa Arab kepada pelajar UIA, penterjemahan buku kepada BATI, USM, penyuntingan buku kepada pelajar UKM dan UM.

Walaupun agak sedikit ilmu yang diperolehi, namun mereka telah dapat menimba ilmu yang sangat berharga. Latihan amali yang mereka lakukan sama seperti apa yang dilakukan oleh pekerja ITNM yang lain.

Mulai 6 Julai 2009 mereka akan meneruskan pengajian di IPT masing-masing pada tahun akhir. Saya mengucapkan terima kasih daun keladi dan selamat meneruskan pengajian sehingga mendapat Ijazah dengan keputusan yang cemerlang.

Berikut di bawah ini dipaparkan beberapa gambar kenangan ihsan daripada mereka.


Masing-masing sedang memberikan gaya yang tersendiri.




Berkumpul sebelum mereka pergi ke jamun perpisahan dan selepas jamuan.


Oleh kerana musim durian telah bermula, masing-masing tidak melepaskan peluang untuk makan bersama. Kepada pelajar USM mohon maaf kerana tidak dapat bersama di dalam majlis ini disebabkan anda sudah tiada di KL.




Gambar yang memaparkan kreativiti kumpulan mereka.

7 ulasan:

Enche's berkata...

Alamak, sekarang ni masa begitu cepat berlalu sehingga pelajar2 ni pergi tanpa sempat enche berkenalan...

mie3425 berkata...

Enche's

Masa memang begitu cepat berlalu dan tuan juga sering sibuk dengan tugas harian, kursus dan sebagainya. Jadi pertembungan waktu untuk berkenalan agak begitu terbatas dan sehinggalah ianya berlalu.

kirana berkata...

en. suhaimi,lepas ni kita makan durian lagi ya,yg tinggal cume pelajar2 UIAM je.eh2,nanti ada lagi yang marah2 n kata tak adil pulak.hehe. begitulah masa, cepat sungguh berlalu. tak sempat nak berkenalan dan bermesra dengan kenalan baru dengan lebih lama....
p/s: gambar model durian yang 2 orang tu memang terbaik la.hehe

yginsaf4 berkata...

salammm enche mie itteww.. nice blog

mie3425 berkata...

en_me or yginsaf4

Terima kasih kerana sudah mampir ke blog saya yang kurang update entri. Semoga kita dapat terus berhubung lewat blog.

yginsaf4 berkata...

singgahlah blog me yg ittewww.. ehehe, salammm

http://yginsaf.com

Basuh Baju berkata...

bestnya praktikal...huhu
tp bidang sy xde kaitan dgn ITNM kot..

btw, en khair rocks!

Blog Widget by LinkWithin