23 April 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (PBAKL) – Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)


Sejak 1982 Pesta Buku berlangsung setiap tahun bermula di Changkat Pavilion dan kini di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC). PBAKL 2013 akan berlangsung pada 26 April – 5 Mei 2013, iaitu selama 10 hari. Walaupun rakyat Malaysia sibuk dengan PRU13, jangan lupa luangkan masa anda dan juga keluarga anda untuk mendapatkan buku-buku terkini, di samping beberapa tawaran menarik untuk pengunjungnya. Di bawah ini ditunjukkan lakaran Gerai ITBM menurut gambaran pereka bentuk.

 Di bawah ini diberikan beberapa promosi menarik yang ditawarkan oleh ITBM sempena PBAKL 2013.
 
1.    Peraduan Beli Buku ITBM minimum RM50 dan Menangi 2 Tiket Penerbangan + Penginapan 4H3M di London untuk 2 Orang
Peraduan ini dianjurkan untuk pengunjung PBAKL 2013. Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan perlu berbelanja minimum RM50 dan mendapatkan lima cop ITBM semasa membuat bayaran. Peserta hanya perlu melengkapkan butiran peribadi, menjawab satu soalan mudah dan mencadangkan lima perkara perlu dilakukan ITBM untuk terus memartabatkan dunia penerbitan buku di peringkat tempatan dan antarabangsa. Hadiah yang ditawarkan dalam peraduan ini ialah dua tiket penerbangan (pergi balik) ke London berserta penginapan selama empat hari tiga malam di Holiday Villa, London.

1.     Diskaun 50% untuk pelanggan setia
Pada tahun ini ITBM turut meraikan pelanggan setia dengan memberikan diskaun 50% untuk semua buku semasa PBAKL 2013. Pelanggan yang berdaftar dengan ITBM akan menerima kiriman e-mel penghargaan yang perlu dicetak dan ditunjukkan semasa membuat pembayaran bagi melayakkan pelanggan menerima tawaran diskaun tersebut. 

1.     Permainan Mudah: Ayuh Adik! Selesaikan & Menang Mana-mana Buku Pilihan
Dalam PBAKL 2013, ITBM menyediakan ruang khas untuk pelanggan cilik mencuba permainan mudah yang kami sediakan. Kanak-kanak yang mengambil bahagian dan berjaya menyudahkan permainan tersebut akan dihadiahkan sebuah buku pilihan ITBM. Sementara itu, ibu bapa yang membantu anak-anak menyelesaikan permainan tersebut akan turut diberikan baucar diskaun tambahan sebanyak 20% bagi setiap buku ITBM yang akan dibeli.

1.     Diskaun 40% Satu Jam Setiap Pagi
ITBM turut memberikan tawaran terhad diskaun sebanyak 40% untuk pelanggan yang berkunjung ke gerai ITBM pada satu jam terawal PBAKL 2013 dibuka. Tawaran ini bermula dari pukul 10.30 hingga 11.30 pagi, setiap hari sepanjang PBAKL 2013 untuk semua buku ITBM.


1.     Nilai untuk Wang Anda! 1 Buku RM10, 8 Buku RM50 – Jimat RM70!
ITBM menyediakan lebih 100 judul buku kanak-kanak terbitan 2013 berharga RM15 senaskhah untuk dimiliki oleh pelanggan dengan harga RM10 senaskhah atau RM50 untuk lapan naskhah. Melalui jualan ini, ITBM menawarkan nilai penjimatan sebanyak RM70 untuk pelanggan.


Istimewa Sabtu untuk Guru/Bakal Guru
Tawaran ini disediakan khusus untuk golongan pendidik. Guru dan bakal guru ditawarkan diskaun sebanyak 50% untuk pembelian buku Siri Pendidikan dan Perguruan pada setiap hari Sabtu semasa PBAKL 2013, iaitu pada 27 April dan 4 Mei 2013.

1.     Peraduan Ulas Buku ITBM Kembali! Ulas Buku ITBM di Facebook/Blog
Pada tahun ini ITBM menjanjikan kelainan dalam penganjuran peraduan ini yang membolehkan pelanggan memenangi hadiah berupa gajet terkini dan baucar buku bernilai sehingga 10 kali ganda jumlah buku yang diulas. Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan perlu membeli dan mengulas buku ITBM terbitan 2013 dan menyiarkan ulasan tersebut di Facebook atau blog peribadi sebelum memautkannya di Facebook ITBM. Hadiah yang ditawarkan untuk peraduan ini adalah seperti berikut:

            Pertama:          Samsung Galaxy Note II dan baucar buku 10 kali nilai buku
            Kedua:             Samsung Galaxy Camera dan baucar buku 8 kali ganda nilai buku
            Ketiga:             iPad Mini dan baucar buku  5 kali ganda nilai buku
            Saguhati:          Baucar buku bernilai RM100 (7 pemenang)
Tarikh tutup penyertaan sehingga 26 Mei 2013.


1.      Penyenaraian (Listing) Perpustakaan

Pada tahun ini perpustakaan, kontraktor dan pengedar buku akan menerima diskaun 50% untuk setiap penyenaraian yang dibuat dalam jangka masa sebulan selepas PBAKL 2013 berakhir atau pada 5 Jun 2013. Bagi perpustakaan, kontraktor dan pengedar buku yang tidak dapat membuat pembayaran dalam tempoh terbabit, mereka masih ditawarkan potongan diskaun sebanyak 40%.
 
Jadual Wawancara SOFA PUTIH ITBM

Jumaat, 26 April 2013, pukul 3.00 petang
Ishak Hamzah & Dr. Mohamed Saleeh Rahamad

Sabtu, 27 April 2013, pukul 12.00 tengah hari
Ku Seman Ku Hussein & Salbiah Ani

Ahad, 28 April 2013, pukul 12.00 tengah hari
Siti Zaleha Hashim & Hairul Anuar Harun

Isnin, 29 April 2013, pukul 12.00 tengah hari
Marsli N.O & Ridzuan Harun

Selasa, 30 April 2013, pukul 12.00 tengah hari
Abdul Ghafar Ibrahim (AGI) & Khalid Salleh

Rabu, 1 Mei 2013, pukul 12.00 tengah hari
Arief Hakim Sani Rahmat, Haji Che Mazlan Saad & Mohd Khair Ngadiron

Khamis, 2 Mei 2013, pukul 12.00 tengah hari
Dr. Kamariah Kamarudin & Dr. Mawar Shafei

Jumaat, 3 Mei 2013, pukul 3.00 petang
Sabree Yunus & U-Wei Haji Shaari

Sabtu, 4 Mei 2013, pukul 12.00 tengah hari
Awang Goneng & Zaharah Othman

SESI BERSAMA PENULIS

 


 


 
Blog Widget by LinkWithin