Pada 5 Januari 2009 yang lalu, saya dikejutkan dengan penerimaan SMS daripada Sdr. Qalif (SA) ETCM Cawangan Taman Melati. Di dalam pesanan ringkas tersebut menyatakan GRAND LIVINA VERSI IMPUL akan muncul dan pelancarannya akan diadakan pada hari tersebut.
Kalau sebelum ini versi IMPUL telah muncul untuk model LATIO maka kini tiba pula giliran Grand Livina menerima sentuhan IMPUL. Ciri-ciri yang ditampilkan oleh IMPUL seperti biasanya ialah Gril Depan, Aerokit, Sistem Ekzos (Muffler), Rim (17”) dan Tayar (Dunlop Formula D 01 205/45 R17), Sistem Penyerap Hentakan dan Spring (Sport). Manakala warna untuk versi IMPUL ialah Tungsten Silver, Sapphire Black, Brilliant White dan Twillight Grey.
Harga yang ditawarkan untuk model-model seperti di bawah:
- Grand Livina IMPUL 1.6 (Manual) RM94,896.30 (OTR)
- Grand Livina IMPUL 1.6 (Automatik) RM95,586.00 (OTR)
- Grand Livina IMPUL 1.8 (Automatik) RM107,396.30 (OTR)
OTR = Harga di atas jalan (Harga di atas bukan versi comfort)
Kepada sesiapa di Lembah Kelang yang berminat sila hubungi Sdr. Qalif (012-2777629) SA ETCM Cawangan Taman Melati, untuk temu janji.
3 ulasan:
Cuba tanya Qalif, harga murah untuk kawan-kawan ada tak?haha
Anuar, kalau nak diskaun mungkin Qalif boleh bagi
boleh bagi diskaun 50% tak?
Catat Ulasan