31 Januari 2012

Hello 2012

Alhamdulillah hari ini saya dapat menjenguk semula blog yang sudah lama tidak dihiraukan. Semoga 2012 sudah hampir satu bulan dilalui menjadi titik permulaan untuk begiat menulis semula catatan di dalam blog yang sudah hampir menyepi.

Kalau selama ini blog ini menjadi teman untuk mencurah isi hati, tetapi sejak berkenalan dengan Facebook blog ini menjadi sepi, oleh kerana saya terlalu banyak memberi perhatian kepada Facebook seolah-olah isteri muda kononnya. Masa memang agak terhad untuk mengadap komputer, kerana anak-anak juga memerlukan perhatian dan isteri pernah berkata: "Lebih baik layan anak-anak tu dulu sebelum melayan Facebook dan Blog, nanti kalau sakit, mengadu ajelah dengan komputer tu," betul juga leteran isteriku. Katanya lagi kalau saya memperuntukkan sekurang-kurangnya satu jam untuk anak-anak, lebih baik dan bermanfaat, sama ada dalam pelajaran mahupun dalam sahsiah diri mereka.
Blog Widget by LinkWithin