26 Julai 2009

Bahasa Jiwa Bangsa


Kita sering mendengar slogan dan ungkapan tersebut. Tapi apakah kita faham tentang makna slogan tersebut. Menurut Kamus Dewan (edisi keempat): bahasa sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb); jiwa nyawa, roh (yg ada dlm tubuh menusia); bangsa jenis manusia drpd satu asal keturunan. Ini bermakna bahawa bahasa adalah roh kepada sesuatu bangsa dan jika bahasa tidak wujud kepada bangsa tersebut maka hilanglah jati diri bangsa tersebut. Ungkapan ini juga sama ertinya dengan Bahasa Melambangkan Bangsa. Ingin saya tegaskan di sini tentang bahasa, iaitu apabila bahasa tersebut digunakan dan berkembang dengan pesat maka melambangkan ketamadunan sesuatu bangsa.

Kita sering berjumpa dengan manusia dari pelbagai keturunan. Pertama kita melihat melalui paras rupa mereka, tetapi kita tidak tahu bangsa mereka. Sebagai contoh orang Jepun dengan Korea, apabila mereka berbual (berbahasa) baru kita dapat mengenal pasti keturunan mereka. Maka dengan bahasa baru kita dapat mengenal bangsa mereka.

Sebagai contoh lain pula, seorang yang bernama Suhaimi bin Sudarji bin Marto Pawiro. Melalui nasab nama tersebut beliau merupakan keturunan Jawa. Kerana nama juga melambangkan keturunan seseorang. Tetapi sekiranya beliau tidak boleh berbahasa Jawa (orak iso ngomong Jowo atau enggak bisa ngomong Jowo), apakah beliau boleh dikatakan berbangsa Jawa atau bolehkah beliau mengaku bahawa dia berbangsa Jawa. Pendapat saya malu rasanya untuk mengaku sebagai berbangsa Jawa kerana tidak dapat dibukti melalui penguasaan bahasa bangsa tersebut, maka Bahasa Jiwa Bangsa amat sinonim dengan cerita ini. Saya sering melayari blog en_me untuk mengembalikan nostalgia bahasa Jawa.

Begitu juga nasib orang Melayu sekiranya bahasanya tidak digunakan? Apakah ada keturunan Melayu lagi? Mungkin keturunannya ada tetapi sudah hilang jati diri. Atau seperti apa yang dikatakan oleh Hang Tuah “takkan Melayu hilang di dunia” tetapi bagi saya Melayu akan hilang di dunia sekiranya bahasanya tidak digunakan lagi, dan bahasa merupakan ketamadunan sesuatu bangsa. Bahasa yang bertamadun apabila ianya digunakan untuk mengungkapkan sesuatu ilmu itu melalui bahasa tersebut. Wahai orang Melayu berusahalah untuk memartabatkan bahasa Melayu untuk diletakkan pada tahap yang tinggi supaya menjadi bahasa ilmu.

7 ulasan:

Basuh Baju berkata...

aku rasa orang malaysia yg perlu martabatkan..bukan setakat org melayu sahaja..

tp yg paling aku sedih bila mana org melayu sendiri bercakap bahasa korea dan inggeris dengan rakan melayu sendiri..

gila apa?

mie3425 berkata...

Sdr Basuh Baju, saya bersetuju dengan pendapat tuan iaitu bukan orang Melayu sahaja yang perlu memartabatkan BM malah orang Malaysia juga perlu ikut serta kerana 1Malaysia harus ada 1Bahasa untuk perpaduan.

ZulDeanz berkata...

Bagaimana dengan nama orang Banjar?

mie3425 berkata...

ZulDeanz, ngaran orang Banjar mungkin Tokacil, Tohalus, Otoh Lamak, Achil, Idar dan Aloi.

kucingorengemok berkata...

salam singgah... pelik kawan² sllu kata anak tak pandai cakap melayu (kawan melayu), penyakit "i look stupid when i speak malay" agaknya

air katirah tu, hari² biasa sllunya tak ada jual, cuma jual kat pasar ramadhan je, tu pun kat johor, tmpt lain tak pernah jumpa lagi :)

Cikgu Amat berkata...

memang kok aku pon roso rugi anak-anak wong jowo ku pon rak iso ngomong jowo. pieaaa bapak ea pon jarang ngomon.
rong puluh tahun nang kl jarang ngomomg jowo.
ngomong melayu tapi eeaa muni jowo ono jugak masa ngajar
pulak eaaa di kon ngomomg wong putih
aduiiiii
masalah pulak eaa
ngomong inggeris muni jowo pon jadi lah

Tanpa Nama berkata...

me iso ngomong sitik sitik waie .. ekeke, thank you sbb letak link blog me yg ittewwww.. ehehe, salamm aidilfitri maaf zahir bathin

Blog Widget by LinkWithin